HIBAH : SOALAN DAN JAWAPAN

RUANG SOALAN DAN JAWAPAN


Di sini saya sediakan beberapa soalan berkaitan hibah yang sering ditanyakan kepada saya. Diharap dengan jawapan yang saya sediakan dapat membantu anda di luar sana. Sekiranya anda ada sebarang soalan boleh terus berhubung dengan saya.



KLIK DI SINI UNTUK BERTANYA



SOALAN 1 : HIBAH NI DIA MACAM MANA?

JAWAPAN : Untuk memudahkan kefahaman, hibah bukanlah suatu produk atau benda yang boleh didagangkan. Hibah adalah kaedah atau cara pindah milik sesuatu barang kepunyaan seseorang kepada seseorang yang lain.

------------------------------


SOALAN 2 : BOLEH TERANGKAN TAK HIBAH NI SEBENARNYA APA?

JAWAPAN : Hibah merupakan salah satu instrumen atau kaedah yang ada dalam perancangan harta menurut undang undang Islam selain dari faraid dan wasiat.

Dari segi bahasa, hibah bermaksud (hadiah) pemberian hak harta daripada seseorang kepada seseorang tanpa ada sebarang balasan.

------------------------------


SOALAN 3 : BOLEH KE SEKIRANYA HIBAH INI DIBERIKAN SELEPAS KEMATIAN SI PEMBERI?

JAWAPAN : Hibah ada beberapa jenis, ada yang terus dilaksanakan semasa hidup dan ada yang dilaksanakan selepas berlakunya kematian si pemberi hibah tadi.

Hibah mesti dibuat semasa pemberi dan bakal penerima hibah masih hidup lagi. Tetapi perlaksanaan pindah milik harta tersebut bergantung kepada jenis hibah yang dibuat. Contohnya hibah takaful, ia dibuat semasa pemberi masih hidup, tetapi pampasan kematian takaful tersebut hanya akan menjadi hak milik penerima hibah setelah berlakunya kematian ke atas pemberi hibah tadi.

------------------------------


SOALAN 4 : SAYA ADA PAMPASAN KAMATIAN (TAKAFUL) BERNILAI RM500,000, BOLEH KE SAYA HENDAK HIBAHKAN KEPADA PASANGAN DAN 3 ORANG ANAK SAYA?

JAWAPAN : Ya, anda boleh hibahkan pampasan tersebut kepada pasangan dan 3 orang anak tersebut. Untuk itu, anda perlu nyatakan berapa bahagian atau jumlah yang hendak anda hibahkan untuk setiap mereka. Anda perlu berurusan dengan ejen anda untuk ini.

------------------------------


SOALAN 5 : KENAPA HIBAH TIDAK PERLU DIFARAIDKAN?

JAWAPAN : Harta yang telah dihibahkan, ia terkeluar atau dikecualikan dari menjadi harta pusaka. Harta tersebut tidak perlu difaraidkan. Sebab itu hibah perlu dibuat semasa pemberi atau pemilik harta ketika hidup.

------------------------------


SOALAN 6 : KENAPA SAYA PERLU BUAT HIBAH?

JAWAPAN : Sekiranya anda mempunyai hasrat tertentu untuk memberikan harta tertentu kepada individu tertentu termasuk bukan waris, hibah adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan. Jika tidak harta tersebut akan diagihkan kepada waris yang hak sahaja mengikut bahagian masing masing.

------------------------------


SOALAN 7 : SAYA NAK BAGI 100% KEPADA PASANGAN, BOLEH?

JAWAPAN : Boleh, sebab hibah tiada syarat dari segi jumlah harta yang ingin dihibahkan. Anda juga boleh hibahkan kepada mereka yang waris atau bukan waris.

------------------------------


SOALAN 8 : APA HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN?

JAWAPAN : Selain daripada pampasan kematian (Takaful), harta lain yang boleh dihibahkan termasuklah simpanan di dalam akaun tabung haji, saham koperasi, saham amanah (unit trust), saham syarikat, barang kemas atau barang berharga, simpanan akaun bersama, hibah kenderaan, dan hibah hartanah.

Setiap harta yang ingin dihibahkan, ada syarat, proses dan dokumen tertentu yang perlu disediakan. Ia juga ada caj yang perlu dijelaskan untuk proses hibah tersebut.
Bagi hibah Takaful, proses hibah hanya dengan mengisi borang penamaan dan ia adalah PERCUMA.

------------------------------


SOALAN 9 : BERAPAKAH NILAI HIBAH TAKAFUL YANG PERLU SAYA SEDIAKAN?

JAWAPAN : Untuk kiraan sebenar, ia perlu satu kiraan yang terperinci. Tetapi formula yang selalu digunakan sabagai cadangan adalah bersamaan dengan 10 tahun pendapatan. 

Sebab apa ambil ukuran pendapatan, kerana ia mudah dikira secara kasar. Secara amnya berapa pendapatan sebulan seseorang itu, itulah jumlah yang akan diperlukan untuk menanggung perbelanjaan bulanan untuk diri dan keluarganya. 

Contoh Ahmad bergaji RM5,000 sebulan. Dengan pendapatan inilah digunakan untuk menampung segala perbelanjaan bulanan termasuk rumah, kereta, makan minum, pakaiana, sekolah anak, barang basah isteri dan anak. 

Berapa nilai hibah yang perlu disediakan Ahmad?

Formula = Gaji Bulanan X 12 bulan X 10 Tahun

Hibah yang dicadangkan = RM 600,000 (RM 5,000 X 12 bulan X 10 Tahun)

-----------------------------


SOALAN 10 : BERAPA PULA SUMBANGAN/ CARUMAN BULANAN YANG PERLU DI BAYAR UNTUK HIBAH TAKAFUL?

JAWAPAN : Untuk kiraan sumbangan/ caruman bulanan yang perlu di bayar ia akan mengambil kira beberapa perkara. Antaranya jantina, umur, pekerjaan, status merokok, kesihatan, jumlah pampasan Hibah dan beberapa faktor yang akan diambil kira oleh syarikat Takaful. 

Kita ambil contoh dalam soalan sebelumnya iaitu Ahmad. Katakan Ahmad hendak sediakan hibah Takaful bernilai RM600,000 dan meminta ejen untuk membuat kiraan caruman. 

Selepas membuat kiraan Ahmad bersetuju dengan bayaran caruman yang perlu dibayar, maka Ahmad boleh terus memohon untuk sediakan hibah Takaful.

Katakan selepas ejen membuat kiraan dan Ahmad kurang bersetuju dengan bayaran caruman kerana komitmen bulanan sedia ada yang tinggi, Ahmad boleh sahaja meminta ejen membuat kiraan semula dengan beberapa cadangan. Contohnya mengurangkan sedikit nilai hibah, memendekan tempoh, dan lain lain cara yang boleh difikirkan. Bukan apa, asalkan kita dapat sediakan mana yang terbaik dahulu. Jika tidak dapat sediakan RM 600,000, sediakan RM300,000 pun sudah bermakna buat sebuah keluarga. 

RM 100,000 jika diterima oleh orang yang betul pun lebih dari cukup. Yang penting sediakan yang termampu dahulu. Sekiranya perlu, boleh tambah lagi nilainya di masa akan datang.

------------------------------


Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan saya. Atau sekiranya berminat untuk tahu berapa nilai hibah dan caruman yang anda perlu sediakan dan mampu milik boleh terus klik link di bawah.